Monday 18 September 2017

PENGHARGAAN



PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan Jabatan Kerja Raya Daerah Kerian kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat ini selama 6 bulan. Khasnya buat Encik Mohamad Bin Hasan selaku penyelia di syarikat ini dan menguruskan hal kami semasa menjalani latihan industri di organisasi ini. Selain itu, Encik Abdul Sshukor selaku pekerja di syarikat ini telah banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja di syarikat ini terutama yang saya tidak mahir. Encik Abdul Sshukor juga banyak memberi tunjuk ajar saya tentang pengguanaan alatan terutama yang berkaitan dengan komputer dan cara melakukan kerja dengan cara yang betul.
Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja syarikat ini terutama bahagian pentadbiran telah memberikan saya pengalaman yang baru dalam selok-belok syarikat. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah kealam pekerjaan pada masa yang akan datang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Unit Latihan Industri dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Politeknik Balik Pulau yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri dan penyediaan laporan latihan industri.
            Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberikan dorongan dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan laporan dan menamatkan latihan industri selama 6 bulan.


         

No comments:

Post a Comment