ABSTRAK
Laporan ini menerangkan tentang aktiviti yang saya lakukan sepanjang saya menjalani latihan industri selama enam (6) bulan di Jabatan Kerja Raya Daerah Kerian.
Buku laporan industri ini saya dedikasikan kepada pensyarah yang akan memeriksa keseluruhan buku laporan ini. Kandungan buku laporan ini telah saya siapkan mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Pelbagai sumber rujukan telah saya gunakan untuk menyiapkan buku laporan industri ini bagi tujuan dapat menghasilkan sebuah buku laporan industri yang berkualiti.
Selain itu, buku laporan industri ini juga saya dedikasikan kepada para pelajar semester seterusnya yang akan menjalani latihan industri dengan menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan untuk menyiapkan laporan industri kelak. Dalam kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat ketika saya menyiapkan buku laporan ini.